Assalamualaikum
Pernah tak dulu kita cakap..
'kalau pakai ketat baik takyah pakai tudung.. sama je dosa dia'
'pakai lengan pendek, baik takyah pakai tudung'
'pakai tudung nampak dada, baik takyah pakai tudung'
Usually i would ignore some stupid status in fb, i would just smile and read.. but this time, i would love to give some opinions..
Terus terang, saya boleh terima sekiranya statement2 tu datang dari mulut orang yang bertudung/ustaz/ustazah atau orang lain yang lebih berilmu dari saya yang baru nak belajar (dalam peringkat merangkak lagi). Tapi kalau yang tak bertudung tu suka2 nak buat statement and just to be a keyboard warrior, please lah, dont make urself look stupid. Yes, semua orang sedar atas kesalahan dan juga adab apabila berhijab. Bagi saya, biarlah perlahan2 kayuh insyaAllah kalau ikhlas dan istiqamah, Allah akan sentiasa bantu untuk kita terus amal dengan penghijrahan kita.
Seperti dalam hadis :
"Amal yang manakah disukai Allah?" Jawab Rasulullah "Amal yang dikerjakan secara tetap walaupun sedikit (berterusan) - (Hadis Riwayat Muslim)
Bagi yang pernah mengeluarkan statement tu i think you have no idea how hard and the challenges that we (the hijabies) are facing everyday. Cuba lah pakai.. baru tahu macam mana susahnya nak buat kebaikan. Im not saying hijab menyusahkan, tapi cabaran dan melawan hasutan syaitan tu paling mencabar untuk pemakai hijab. thats why u can see some people ada yang buka tudung selepas lama pakai, ada yang mula sikit2 nampak rambut.. sebab apa? sebab susah nak lawan hasutan syaitan tu. Bagi yang dah bertudung labuh, syukur Alhamdulillah and saya turut happy dengan kejayaan u all. Again, its not easy.. (tapi jangan lah pulak hina yang jahil untuk berdakwah dengan menggunakan bahasa yg kasar, Islam tak mengajar kita kekerasan dan paksaan - sama2lah kita doa agar semua orang jadi macam u yang berilmu dan sempurna dalam menutup aurat.. itukan lebih baik dan berkesan? Allah akan angkat doa u.. insyaAllah
Apa2 pun niat berhijab mestilah kerana Allah, kecantikan dan kesempurnaan yang dikurniakan oleh Allah ni, biarlah hanya untuk Dia juga, (and for your husband of course) InsyaAllah... Saya sendiri pun sering bertanya pada diri sendiri.. adakah penghijrahan ini akan lebih baik atau akan berada di takuk yang sama? Jadi, setiap hari saya berdoa dan berharap agar diri saya akan jadi lebih baik dari semalam..
Segala amalan manusia is not us to judge..
p/s : Malays - memang dari dulu P.Ramlee can predict how malays would be, kebanyakan cerita2 dia pun menyindir masyarakat Melayu, Not just Allahyarham, but Tun M also banyak sindir dan turut kecewa dengan sikap melayu yang suka bercakap dan mengata tapi malas nak fikir jalan penyelesaian.
"Jangan terjebak dalam perbezaan pendapat yag membawa kepada penjauhan pada hati" (Al Bukharee)
No comments:
Post a Comment